Monday, October 20, 2014

Tips Kesuburan dan Cepat Hamil

Sudah tertulis setiap manusia mempunyai rezeki masing-masing. Bila dan apa rezeki itu hanya Allah yang tahu. Macam itu juga dengan rezeki anak. TAPI ingat, menunggu sahaja tidak akan membuah hasil. Allah pun ada kata, MESTI berusaha kemudian berdoalah.

Bagi pasangan yang baru atau sudah lama mendirikan rumah tangga (terutamanya yang sudah lama mendirikan rumah tangga) mesti kehadiran orang baru dalam hidup amat dinantikan. Entry kali nie syeda nak share tip-tip cepat hamil. Insyaallah boleh praktikkan nanti.

Tips Cepat Hamil

1) Jaga Pemakanan dan Diet
Ini common kan. Makan makanan yang sihat barulah badan sentiasa sihat. Bila badan sihat sistem reproduktif kita juga akan sihat.

Tips :
Sebenarnya pengambilan Asid Folik diperlukan seawal 2-3 bulan sebelum hamil lagi. Jadi pastikan anda mengambil asid folik sebelum hamil lagi kerana asid folik nie amat membantu dalam kesuburan.

2) Makan Vitamin
Vitamin sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Terdapat juga vitamin yang perlu diambil kerana badan kita tidak dapat menghasilkannya dengan sendiri. Ini adalah senarai vitamin yang meningkatkan kesuburan dan memudahkan untuk conceive :
✎ Vitamin E
✎ Vitamin A
✎ Vitamin C
✎ Vitamin D
✎ Zinc
✎ Copper
✎ Panthothenic Acid
✎ Potassium
✎ Thianmin B6
✎ Riboflavi
✎ Niacin

Huhuhuhuhu banyak kan? Pilihlah vitamin mengikut keperluan badan anda. Kalau ada duit lebih boleh beli vitamin-vitamin tersebut, kalau tak boleh pun jangan risau, ianya juga boleh didapati dari buah-buahan dam makanan.

Peringatan : Sila rujuk pakar jika ingin mengambil pil-pil herba atau ubat-ubatan.

3) Mempunyai Berat Badan yang Ideal
Berat badan yang ideal nie tak semestinya kurus, jika dia berbadan besar tetapi BMI dia normal dan bebas dari penyakit, memang tak menjadi masalah, Yang menjadi masalah bila berat badan berlebihan atau berkurangan.

Berat badan berlebihan akan membawa kepada banyak masalah seperti obesiti, darah tinggi, kencing manis dan yang paling penting BOLEH MENGURANGKAN KESUBURAN.

Jika berat badan terlalu kurang, nutrisi dan zat dalam badan badan mungkin berkurangan dan ini juga akan membawa kepada masalah kesuburan.

4) Detoks
Apa itu detok? Senang cerita detok nie macam buang sampah sarap la. Maksudnya setiap hari badan kita menerima pelbagai jenis makanan samaada sihat atau tidak, Jadi detoks sangat perlu untuk mengeluarkan sisa-sisa makanan yang telah menjadi toksin dalam badan.

Dah nama pun toksin, mestilah merbahaya pada badan, jadi terpulang pada anda semua nak detok secara semulajadi ataupun dengan bantuan makanisma lain. Tak semua yang boleh mendetokkan diri secara semulajadi. Tapi jangan la makan julab hari-hari pulak.

5) Lakukan Hubungan Intim Dengan Kerap
Hubungan intim antara suami dan isteri sangat penting, kalau dah amalkan semua diatas tapi tak ada action macam mana nak jadi ye tak? So bincang dengan pasangan masing-masing dan pilih masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim. You all dah kawin kan? So pandai-pandailah. Tak ini pun I nak explain. ** shy shy I**

6) Ketahui Waktu Subur atau Ovulasi
Yes. Ini adalah perkara yang paling penting selain No.5 diatas. If u hit at the wrong time how come it works, right?

So as a husband juga, anda perlu mengetahui waktu subur isteri anda. Sometime si isteri nie malu-malu nak beritahu " Bang, hari nie waktu subur I". So penting husband kena tahu,

Kalau ada smartphone boleh download application " My Days" tak pun boleh guna " Google Ovulation Calendar Tool"

Sekarang nie dah mudah, tak payah dah tanda-tanda kat wall calendar lagi. Semua dihujung jari kan.


Note : Very high risk bermaksud VERY HIGH RISK TO GET PREGNANT. Buat masa nie.

7) Jumpa Doktor Pakar
Bagi yang puas mencuba pelbagai cara, cara lain yang boleh diambil ialah berjumpa doktor pakar. Tolong ketepikan perasaan malu dan ego anda. Doktor akan melakukan "health Screening" untuk mengetahui kesihatan kita.

Ini perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak. Suami dan Isteri.

8) Pastikan Posisi Seks Yang Betul
Huhuhu. Ini agak sukar untuk dibincangkan. Tetapi ia sangat berguna untuk meghasilkan seorang anak. Sebab apa?

Posisi seks yang betul akan membantu sperma dan ovum bercantum. Nak tahu details sila tanya doktor atau you all google sendiri.

9) Elakkkan Tekanan
Tekanan boleh menyebabkan kedinginan semasa hubungan intim berlaku. Macam tak ada feel la. Tekanan juga boleh mengakibat kualiti sperma atau ovum menurun.

Sekali lagi, pastikan diri anda dan pasangan betul-betul bersedia sebelum melakukan hubungan intim

Tips:
♥ Boleh create suasana romantik. 
♥ Pergi honeymoon lagi sekali
♥ Buat urutan manja untuk menghilangkan tekanan

10) Jauhi Rokok
Bakal ibu dan bapa, sila ambil perhatian. Merokok sangat-sangat tidak bagus untuk parents. Terutamanya jika anda merancang untuk mendapatkan zuriat. Kualiti sperma juga turut terjejas pada sang perokok.

Lagi-lagi bila isteri dan hamil, minta tolong berhenti. Ia akan memberi kesan yang sangat tidak bagus pada bayi dalam kandungan.

Sayang anak dan isteri? Jadi tinggalkan Rokok



11) Kurangkan Kafein
Bagi penggemar tegar kopi,teh atau nescafe, sila ambil perhatian. Kurangkan mengambilan kafein kerana kafein yang berlebihan juga turut mengurangkan kesuburan. Nak minum boleh tapi jangan lebih 5 cawan atau 500mg kandungan kafein sehari.

12) Berdoa
Setelah berusaha, berserah lah pada Allah. Boleh amalkan beberapa doa mendapatkan zuriat dalam doa harian kita.


No comments:

Post a Comment