Thursday, October 16, 2014

Resepi Sandwich Termudah

Sandwich Telur Mudah, Cepat dan Ringkas

Zaman sekarang semua nak cepat, mudah dan ringkas kan? Lagi bagi mereka yang bekerjaya. Ramai yang skip waktu breakfast sebab tak sempat nak sediakan atau beli. Bangun pagi terus bersiap untuk ke tempat kerja atau ke kolej.

Disini saya nak share resepi mudah dan mengenyangkan. Tak perlu beli. Buat sendiri lagi jimat selain kebersihan terpelihara. 

Okey tak payah membebel panjang. Mari kita layan gambar dibawah :

Bahan-Bahannya :

Telur Rebus ( Kuantiti ikut suka anda)
Mayonis
Lada Sulah
Secubit Garam ( Optional )

* Nak tambah sayur pun boleh, syeda tak letak sayur. Dah kata ringkas dan mudahkan.

Cara-Caranya :

Rebus Telur sehingga masak. Sejukkan. Kemudian kupas kulit telur.


Hancurkan telur menggunakan garfu sehingga mendapat stuktur seperti gambar dibawah.


Masukkan beberapa sudu mayonis, sedikit lada sulah dan sedikit garam mengikut citarasa korang.


Gaul sehingga rata seperti gambar dibawah


Sapukan pada roti, dan hias mengikut kesukaan korang. Kalau nak cepat ngap saje, tak payah potong2. 



Itu sahaja. Selamat mencuba kakak2, abang2 dan adik2. 

No comments:

Post a Comment