Saturday, October 11, 2014

Resepi Homemade Detox Water? Senang dan Ringkas

Apa itu detox water?

Detox water ialah campuran air masak dan buah buahan segar tanpa ada sebarang tambahan perasa.
Kenapa badan perlu detox?

Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan.Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk serap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.

Dalam kebanyakkan kes kegemukkan, toksin merupakan masalah utama dan lemak pula merupakan masalah kedua. Tetapi ramai lebih fokus kepada masalah lemak sahaja.

Kenapa saya kata toksin adalah masalah utama? Kerana toksin ini akan menjadi penghalang untuk menyingkirkan lemak dari badan. Selagi toksin masih berada di dalam badan, jangan bermimpi kita boleh singkirkan lemak.

Cakap banyak pun x best. Disini saya ada sertakan resepi detox khas untuk kurangkan berat badan.


Weight Loss Detox Water ( Fat Flush Water )

Bahan-Bahan :
Grapefruit (Limau Gedang)
Lemon
Timun
Daun pudina
Ais Ketul
Cara-Cara
1. Potong bulat2 Grapefruit, Lemon dan Timun
(Tak tahu rupa grapefruit a.k.a limau gedang sila google. Boleh didapati di tesco ataupun giant).
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam botol yang berpenutup.
3. Masukkan air mineral. Simpan didalam peti ais semalaman.
4. Boleh diminum keesokkan harinya. SELAMAT MENCUBA!



Jom kita baca kenapa buah-buah diatas dijadikan sebagai agent untuk mengurangkan berat badan. Mesti ada sebabnya kan?

Grapefruits a.k.a Limau Gedang 

Buah limau gedang ini mempunyai asid sitrik yang dapat menghancurkan kehadiran kalori dalam makanan.

Lemon 

Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil, membakar lemak dan membantu untuk kurus.

Timun

Timun mengandungi Asid malonat. Asid Molanat membantu mengurangkan berat badan kerana asid ini berfungsi mengelakkan gula dari berubah menjadi lemak.

Daun pudina

Mengurangkan sindrom usus, membersihkan perut dan membantu menghapuskan toksin dari badan.

Tips :
       ~ Sediakan pada waktu malam sebelum tidur
       ~ Untuk mengurangkan rasa masam boleh tambah kuantiti timun


No comments:

Post a Comment