Tuesday, October 21, 2014

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi

Assalammualaikum,

Wah2.. Perasan tak sekarang tengah hits sangat Jeruk Mangga Asam Boi. Sampai ada buat part time jual Jeruk Mangga nie. Viral sungguh. Fenomena nie bukan sahaja melanda Shah Alam, tapi dah merebak ke negeeri lain.

Oleh sebab itu Syeda pun tak mahu la terlepas update dan berkongsi Resepi Jeruk Mangga Asam Boi nie, Syeda tak jual, just suka-suka buat untuk makan sendiri since my baby pun teringin juga.






Sebelum buat kena pastikan bahan-bahan cukup dulu. Apa bahan-bahannya?

Bahan-Bahan Jeruk Mangga Asam Boi

Mangga muda ( syeda guna mangga telur )
Asam Boi
Cili Api
Garam ( ikut rasa )
Gula ( lebihkan )

Cara-Cara Penyediaan
Kupas kulit mangga sehingga bersih
Toskan sehingga kering
Campurkan semua bahan didalam satu bekas dan gaul sebati
Masukkan ke dalam peti ais selama 4-5 jam. Jika buat malam, boleh makan keesokkan harinya.

** Jika suka Jeruk Mangga yang berair boleh tambah air mengikut kesukaan anda **

Tips : -
*Kesemua bahan adalah anggaran sahaja. Boleh ikut sukatan masing-masing.
*Bila nak masukkan garam , jangan masukkan terlalu banyak kerana asam boi sudah masin. Biarkan peram selama 5 jam, lepas tu boleh baiki ikut citarasa.

Selamat mencuba!!!

Resepi Asal : ishy77.blogspot.com

Syeda 0195993670

No comments:

Post a Comment